PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Thursday, November 26, 2009

Rehlah Tarbawi bersama sahabat #3

HARI KETIGA REHLAH

Mengikut plan kami mula bergerak ke Kepala Batas pukul 9.00 pagi. Dengan izin Allah pagi itu rezeki banyak sungguh. Pukul 9.15 pg tok chik Azhar ingin menjamu sarapan di warung berdekatan. Katanya sebelum berangkat makanlah dahulu. Dalam pukul 10.00 pagi, kami perlu ke restoran Salsabil kerana Ikhwan diminta oleh bapanya melakukan kerja sedikit. Dah di restoran kami dijemput untuk sekali lagi untuk breakfast. Kenyang juga perut kami pagi tu. Alhamdulillah kami ucapkan. Matahari pun mula mempamerkan cahayanya yang terang bagi menandakan masa sudah tengah hari, kami bertolak ke Kepala Batas singgah di rumah Syari’ati Ibrahim.

Dalam waktu zohor kami tiba di sana. Hajat ingin singgah sebentar tapi lain pula yang berlaku. Tuan rumah, Pakcik Ibrahim jamu buah betiknya pula. Seketika berubah menjadi lama. Rasa betik yang manis telah pun dirasa, kami pun minta diri untuk ke destinasi seterusnya iaitu mandi di Sg Sidim, Kulim. Jauh juga perjalanan ke sana. Fikiran saya dekat tapi yang terjadi sebaliknya. Tiba di sana satu kelaianan buat saya berlaku. Kenangan di sana sukar untuk dilupakan oleh saya. Dengan suasana yang tenang dan cantik membuat saya tidak sabar ingin merasai air di situ.

Mesra berbual bersama Pakcik Ibrahim

Berhenti seketika di stesen minyak sebelum meneruskan perjalanan

Bergambar di Sg Sidim

Keindahan memukau jiwa

Bergambar sebelum kaki jejak ke daratan


Letih benar membuatkan kami beransur naik ke daratan. Sudah tenaga habis diguna, kami pun top up dengan makan di gerai makanan yang telah disediakan di situ. Selepas itu, kami berangkat keluar balik ke Kepala Batas untuk hantar Syaria’ati. Sudah Syari’ati diturunkan, kami ke Sg Dua untuk menghantar Asnawi Shukri. Tibanya kami di rumah Asnawi, kami dijemput untuk menggunakan rumahnya sebagai tempat solah dan makan malam. Dalam jam hampir kepada 9.00 malam, kami berangkat keluar dari rumahnya untuk pulang ke MATRI semula. Untuk samapi ke Perlis, kami telah mengambil jalan Changlun dan terus ke MATRI. Kami tiba di MATRI dalam lingkungan pukul 11.00 malam dan terus ke Simpang Empat demi hajat bermalam di rumah Afif Zaki. Malang tidak berbau, telefon Afif tidak diangkat. Kami pun ambil keputusan untuk bermalam di MATRI dengan alasan tidak sesuai ganggu rumah orang tengah malam.

Hantar Syari'ati pulang ke rumahnya

HARI KEEMPAT REHLAH

Bagi rutin pelajar MATRI yang pulang lewat, gerai Tampang Jaya telah menjadi tumpuan dengan roti canainya. Kami juga tidak terlepas peluang dengan bersarapan di sana. dalam pukul 9-10 pg kami bertolak ke rumah Afif sekali lagi. Tujuan pertama ingin berjumpanya sebelum dia bertolak ke kampungnya di Kelantan esok hari. Selain itu, saya ingin beri barang-barangnya yang tertinggal. Sudah lama di situ, tetiba terdetik untuk mandi di Bukit Ayer. Dengan kelapangan dada kami mengajak Afif untuk mengikuti kami sekali. Tanpa berlengah masa lagi, kami mula menuju ke destinasi seterusnya iaitu hantar Ikhwan di stesyen bas dan terus ke MATRI untuk ambil pakaian basah untuk mandi di Bukit Ayer. Sesudah habis puas mandi, kami pun mula berangkat pulang.



Hantar Ikhwan di Stesyen Bas Ekspres di Kangar

Singgah di rumah Afif

Bergambar di Bukit Ayer , Perlis

Bersama dengan Afif

Sekian sahaja dari saya..
Semoga rehlah kami mendapat redha dan rahmat dariNya.
Ucapan ribuan terima kasih kepada Abg Firdaus kerana sudi turut serta dalam rehlah ini.
Dan tidak lupa juga kepada semua yang hadir dalam rehlah ini.


Kata Us Muhtad;
" Kita perlu rasa bersyukur kerana musafir kita tidak seperti musafirnya Rasulullah dan para sahabat..Musafir mereka dilalui dengan pelbagai rintangan dan cabaran..Oleh itu, gunakan kesempatan masa musafir kita untuk kita kaitkan hati ini dengan Allah, Pencipta kita.."

No comments: