PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Thursday, February 17, 2011

HDA itu PENTING buat kita

Bismillahirahmannirahim, dengan nama-Mu saya menulis..

Assalamualaikum dan salam buat semua..

Sebelum saya mula menulis perkongsian saya, suka untuk saya mengajak untuk kita bersama mengucap syukur kepada-Nya. Kerana apa? Kerana keizinan Dialah kita terus menerus mengharungi dunia yang kita diami ini dengan berbekalkan pelbagai nikmat kurniaan-Nya. Sebenarnya, saya kali ini hanya ingin berkongsi satu peringatan sahaja untuk diri saya dan kita.

HDA penting dalam kehidupan kita

Di sekolah lamaku - MATRI, masih terngiang-ngiang lagi satu ungkapan yang terdiri daripada 3 huruf bila ia dipendekkan. H D A - Hubungan Dengan Allah. Itulah dia. Tidak kira abang-abang atau sesiapa yang berada di sana (MATRI), suka untuk mengatakan "jagalah HDA yer..". Tambahan pula bila masa cuti semakin hampir. Betul ke tidak itu bergantung pada anda. Inilah yang saya lalui. Lima tahun di sana tidak pernah henti kedengaran 3 huruf tersebut. Tapi yang menjadi persoalan untuk saya adalah kenapakah susah benar unutk kita aplikasikannya termasuk diri saya.

Tiga huruf yang pendek tetapi membawa maksud 1001 makna itu bukan senang untuk diamalkan secara berterusan. Nak tidak kita perlu dan mesti disemat dalam diri kita. Susah. Ya, benar susah. Tapi itu bukan satu halangan untuk kita membuangkan perkataan tersebut daripada kehidupan kita. Tetapi yang sebenarnya perlu kita dilakukan adalah dengan kita sentiasa cuba untuk jadikan ia malaqah iaitu darah daging kita.

Penting tak HDA tu pada kita? Mestilah penting. Sebabnya, dengan adanya hubungan dengan Allah lah segala perbuatan kita terpandu. Apa maksud tu? Sekarang cuba bayangkan mengikut situasi.

SITUASI 1

Bila keseorangan di sesuatu tempat. Dimana tiada orang melihatnya melainkan Allah. Cuma pada ketika itu sama ada sedar atau tidak bersama dengan ada lagi yang sedang melihat. Bagi lelaki bila menonton tv di rumah keseorangan. Tambahan sekarang dunia di era langit terbuka. Tiada sepadan. Pelbagai perkara boleh berlaku. Apa yang terjadi andai kata tiada hubungan dengan Allah?

SITUASI 2

Bila tidak keseorangan tapi dikelingi suasana yang tidak mendidik. Contohnya, saat kita bersama dengan kawan-kawan berseronok. Dimana percakapan, perlakuan dan tindakan tidak terbatas. Terkeluar semua rasa dalaman dan dizahirkan pula. Mencarut, mengutuk, mengejek dan mengata terkeluar secara lantang dari mulut kita. Andai di situ tiada hubungan dengan Allah bagaimana?

SITUASI 3

Bila kita sudah berada di zon yang baik dan suasan mendidik. Tapi terdapat satu masalah yang lain pula timbul iaitu cuba untuk ISTIQOMAH sedaya mungkin. Sebagai contoh, kita di suatu tempat yang mana hanya tinggal kita sahabat-sahabat. Boleh tak kita istiqomah dgn pembacaan al-Mathurat, bacaan al-Quran dan solah jemaah setiap hari (yang dahulu di sekolah kita dibiasakan sebagai rutin). Andai kita tiada HDA, adakah mampu istiqomah dengan amalan tersebut. Jika tidak, sudah pasti amalan tersebut hanya menjadi adat saja. Bila di sekolah kita lakukan dan bila sudah lepasan tiada sensitif untuk kita praktikkan kerana ia hanya adat di sekolah bukannya ibadat.

PENUTUP

Selitkan ALLAH dalam kehidupan seharian

Segala perkongsian ini 99.9 peratus untuk diri saya dan selebihnya untuk anda. Sebab saya tahu HDA itu sungguh penting dalam kehidupan seharian. Ia lah pemandu kita dalam litar menuju ke Akhirat. Mudahan segala amalan yang dilakukan dan akan dilakukan diliputi dengan HDA.

Wallahu a'lam..

No comments: