PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Tuesday, February 22, 2011

Sejarah perlu untuk kita


Bismillah...Dengan nama-Mu saya mula menulis..

Alhamdulillah bersyukur saya kepada-Nya kerana diberi sedikit kesempatan untuk menambahkan artikel dalam laman ini. InsyaAllah kali ini saya lebih peringatan untuk diri saya. Sepanjang minggu ini, saya sungguh berasa puas hati. Memang kekadang ada rasa hilang semangat, bosan dan tersungkur dipertengahan, tapi itu bukan bermakna selamanya. Kehidupan kita, hendak atau tidak perlu kita lalui.

Dunia hari ini hari ke hari semakin merunsing diri saya. Dengan pelbagai mala petaka sebagai peringatan datang tanpa henti, kebejatan akhlak manusia yang semakin hakis dan paling penting soal aqidah diketepikan. Semuanya berpunca dari keimanan kepada Allah diabaikan. Tetapi, adakah perlu kita hanya sekadar melihat dunia terus begitu? Dan apakah peranan kita kepada keamanan dunia dalam konteks remaja? Sama-sama kita kongsi.

Sudah pasti jawapan anda tidak. Saya juga seiring dengan jawapan saya. Oleh itu, perlunya kita berbalik tentang soal sejarah. Sejarah kita perlu diteladani, dihayati dan dikitar semula. Tidak kira sejarah lampau atau kini. Yang penting apa yang baik perlu kita teladani. Macam mana ya? Ya, sejarah Islam kan banyak. Dan kita juga boleh lihat keperibadian pahlawan-pahlawandan pejuang-pejuang yang mendaulatkan Islam di muka bumi. Pelbagai contoh telah ditonjolkan. Kerasukan keimanan mereka terbukti sehingga keharuman Syurga menjadi realiti. Akhlak yang sungguh murni juga turut dipersembahakan. Bukan setakat itu, pejuang Islam kontemporari ini juga perlu diambil contoh - Imam Hasan Al-Banna, Imam Fathi Yakan dan berbagai lagi.

Jadi ambillah contoh-contoh murni yang ada pada mereka - ketabahan, kesungguhan, erti kehidupan, persahabatan, semangat perjuangan dan banyak lagi. Semuanya penting untuk kita sebagai pemuda. Kerana dunia pemuda perlu dihiasi dengan keperibadian seperti mereka. Oleh itu, aplikasikanlah dalam kehidupan kita. Inilah yang dinamakan 'sejarah itu perlu dikitar semula'. Usahlah kita ulanginya kembali. InsyaAllah, permasalahan yang dihadapi akan beransur pergi. Tetapi, semuanya itu bermula dengan berbalik kita kepada sejarah kerana dengannya kita dihiasi dengan keperibadian yang murni.

Wallahu a'lam...

No comments: