PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Wednesday, June 22, 2011

AIR banyak mendidik kita

Perumpaan air untuk kita

Bismillahirahmanirrahim kita mulakan kehidupan..

Alhamdulillah kita panjatkan kepada Allah kerana masih lagi mengperhidupkan kita sekali lagi pada hari ini. Inilah yang dikatakan salah satu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Dan sama-samalah kita membalas jasa baik Allah dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Moga-moga kita capai ke darjat yang dikehendaki-Nya iaitu muslim mukmin yang bertakwa kepada-Nya.

PENDAHULUAN

Air. Itu topiknya untuk post kali ini. Apa yang dapat kita pelajari daripada air?

Mungkin memberi manfaat kepada orang lain. Lagi? Dapat menyuburkan tanaman dan tumbuhan. Tanpa sebab tiada air tiada makanan untuk kita. Air merupakan sumber terpenting bagi kehidupan. Banyak lagi yang kita faham dan pelajari daripada air, betul?

InsyaAllah kali saya juga ingin berkongsi tentang air dimana ia mampu mendidik menjadi diri manusia yang mudahan tergolong dalam kelompok orang berfikir.

PENGAJARAN-PENGAJARAN

1. ISTIQOMAH

"Jadilah titisan air yang menitis satu per satu namun akhirnya mampu memberi kesan pada tapak titisan yang diberi"

Jom kita lihat pepatah tersebut. Rasanya pasti yang pernah melihat batu kapur kan. Apa yang anda dapat lihat? Titisan air, bukan? Mm..betul. Walaupun tidak kesemuanya batu kapur yang menitis air tetapi peratus besar ia menitiskan air.

Jika diteliti, daripada titisan air itu mampu menyebabkan kesan pada tempat menitisnya air. Jika tempat jatuhnya lembut seperti tanah, mungkin mampu menakungkan air. Jika tempat jatuhnya di kawasan yang keras tetap mampu memberi kesan iaitu membentuk sebuah ketulan air kapur akibat daripada titisan tersebut. Kekadang seperti sebuah bukit yang kecil bentuknya.

Hebat, bukan? itulah kekuasaan Allah. Begitu juga dengan kehidupan kita. Tidak perlu terus menerus terburu-buru membuat sesuatu tindakan. Biarlah kerja kita itu bergerak secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus bergerak kerana ia lebih baik daripada terus-menerus membuat tindakan tetapi berhenti dan surut depertengahan jalan. Seperti itulah yang kita hendak - Istiqomah dalam amalan. Mudahan dengan istiqomah dalam deen Allah memberi kesan pada diri, insyaAllah.

2. MANUSIA MAKHLUK HINA

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
(surah al-Insan, 2)

Pabila membaca ayat ini beserta makna, begitu terasa bahawa kita adalah manusia yang hina. Itu baru satu. Dalam al-Quran terdapat banyak lagi ayat yang membawa erti sedemikian rupa - manusia dari setitis air mani.

Apa tidaknya, setitis air yang tidak membawa erti apa-apa kemudiannya Dia menukarkan kepada suatu makhluk yang ada ertinya. Alangkah ruginya kalau kita berusaha menjadikan diri kita orang yang bererti dan manfaat.

3. NIKMAT TAK TERHINGGA

"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah Luqman, 27)

Ayuh kita renung bersama ayat di atas, banyak yang kita akan dapat fikirkan. Lautan yang luas ditukarkan kepada dakwat dan batang-batang pokok dijadikan pena tetapi tidak habis tertulis nikmat-nikmat Allah. Subhanallah!

Siapakah kita jika difikirkan sejenak. Hamba yang diberi pinjam nikmat-nikmat daripada-Nya tetapi adakala kufur terhadap Sang Pemberi Pinjaman Nikmat.

PENUTUP

Sama-samalah kita menjadi hamba yang sentiasa berfikir akan nikmat-nikmat kurnia-Nya. Mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa berfikir dan memerhati penciptaan Allah!

Jadilah orang yang berfikir dengan berzikir

Renungan penutup;

"Dan apakah mereka tidak memerhatikan bagaimana Allah memulai penciptaan, kemudia Dia mengulanginya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah"
(Al-Ankabut, 19)

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagi-mu pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah yang bersyukur. Dan Dialah yang menciptakan serta meramaikan kamu di bumi ini dan kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan. Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir tentangnya?"
(Surah Al-Mukminun ayat 78-80)

Wallahu a'lam..

No comments: