PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Friday, June 17, 2011

Sirami 'AQIDAH dengan ZIKIR


Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, Dia meneruskan lagi kehidupan kita. Dan inilah peluang kepada kita untuk terus berubudiyah kepada-Nya sebagai balasan hamba kepada Sang Pencipta. InsyaAllah kali ini saya cuba untuk mengingatkan kembali diri saya yang mudah alpa tentang satu perkara iaitu 'sirami 'Aqidah dengan berzikir'.

MUQADDIMAH

Sebelum kita melangkah lebih jauh, perlu untuk kita memahami tentang satu perkara yang sekarang ini telah disempitkan skop pengertiannya. Dan ini juga berkaitan dengan post saya kali ini.

Zikir. Apa yang anda faham?

Ingat Allah. Ya, betul. Tetapi, bagaimana? Adakah dengan kita melisankan subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar dan la ilaha illlallah di bibir? Atau duduk sebentar selepas solat sambil berwirid? Atau membaca doa-doa tertentu dalam mengerjakan sesuatu tindakan?

Ya, betul kesemuanya. Tetapi, zikir yang sebenar adalah dengan mengingati Allah tanpa mengira tempat, masa dan peluang dengan pelbagai bentuk dan cara. Itulah zikir. Mudah kata, dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya juga disebut zikir.

Tahukah, solat juga merupakan zikir kepada Allah?

Apabila seseorang itu mengerjakan solat maka ia bererti sedang mengingati Allah secara formal. Dan dia sedang melakukan zikir yang terbesar. Kerana setiap tindak laku dalam solat hanya sanya mengingati Allah swt yang terdiri daripada pelbagai bentuk kalimah dan perbuatan.

Begitu juga dengan kalimah la ilaha illallah. Kalimah itu merupakan zikir yang tertinggi dan perlu kepada pengabdian yang sebenar. Tidak cukup sekadar mengucap di mulut tanpa kefahaman dan amalan.


KHAFIAT BERZIKIR

Allah swt telah pun berfirman dalam Kitab Mulia-Nya, Al-Quran bahawa;

"sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"

Inilah antara kelebihan apabila seseorang itu mengingati Pencipta-Nya -Hati akan berasa tenang, aman, damai dan tenteram. Pada diri hamba ang benar-benar mengingati Allah, tiada kegusiran berlaku pada dirinya. Kerana dia yakin Allah sahaja yang berhak mententeramkan hati hamba-Nya. InsyaAllah, dengan mengingati Allah lah hati-hati ini akan tenang.

SIRAMI 'AQIDAH DENGAN ZIKIR


'Aqidah Sohihah merupakan asas pegangan seseorang Muslim. 'Aqidah yang benar, baik dan betul akan menghasilkan natijah yang sebegitu rupa -benar, baik dan betul dengan perumpaan Allah seperti pokok yang subur.

Pernahkah kita melihat pokok yang subur?

Apakah usaha kita dalam menjadikan pokok itu subur?

Ya. Pokok yang subur begitu indah dan cantik dilihat. Mana tidak pohon yang rendang tidak pernah disirami air. Tidak dengan tuannya pasti dengan limpahan hujan daripada Allah.

Begitu juga dengan diri kita sebagai seorang mukmin muslim, InsyaAllah. Kita boleh analogikan pohon atau pokok ialah 'aqidah dan siraman air itu ialah zikir. Tanpa penyiraman mana hendaknya terjadi pohon yang rendang.

ZIKRULLAH DAN HATI ATAU JIWA YANG TENANG

Dalam menjadikan zikrullah sebagai siraman kepada 'aqidah, zikrullah juga wasilah dalam memiliki hati dan jiwa yang tenang dan tenteram manakala jiwa yang tenang ialah tahap yang perlu dicapai oleh seorang mukmin muslim.

Seperti yang kita maklum, hati atau jiwa yang tenang merupakan satu idaman yang dinanti-nantikan oleh insan. tetapi dalam mencapai tahap tersebut perlu ada usaha ke arahnya. Yang pasti, hati atau jiwa yang tenang satu anugerah daripada Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.

AKHIR KATA

Sebagai pengakhirannya, impak atau kesan zikrullah adalah mampu dan dapat melahirkan seseorang yang berani untuk berjihad dan berpegang teguh pada Deen Allah swt.

Mudahan kita dapat fahami dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Wallahu a'lam..

No comments: