PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Thursday, June 16, 2011

MUSUH manusia dulu, kini dan selamanya


Bismillahirahmanirrahim..

Bertemu semula di laman tidak seberapa yang cuba untuk berkongsi dengan semua.

Pagi hari ini sungguh lapang dan kosong. Bagai tiada kerja yang hendak dilakukan. Tetapi kita sebagai manusia tetntu tidak mahu biar diri terus kekosongan. Dan saya menulis ini adalah salah satu peluang terbaik untuk mengisi kekosongan dan kelapangan yang ada.

Alhamdulillah Dia masih izinkan saya menggunakan masa yang ada.

Teringat saya pada satu mafhum hadis yang berbunyi,

"Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup seblum mati"

Sebab itulah kita kena merasai peluang hanya datang sekali dan belum pasti akan muncul buat kali keduanya.

(panjang betul pendahuluannya..hehe)

SIAPAKAH MUSUH KITA YANG FOREVER


Pernahkan kita membaca surah an-Nass?

Dan membaca maksud ayat tersebut?

Ya, jom kita sama-sama lihat maksud ayat surah an-Nass.

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan0 ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia."
-surah an-Nass, 1-6

Mengikut syed Qutb dalam kitab tafsirnya Fi zilalil Quran ada menghuraikan tentang surang ini. Surah ini Allah swt telah menerangkan kepada hamba-Nya tentang sifat-sifat syaitan iaitu pada ayat 4 - 6.

Apakahsifat-sifat syaitan?

Yang dimaksudkan ialah sifat-sifat syaitan - sembunyi, membisik dan menghilang dan dari golongan jin dan manusia. Dengan itu, syaitan akan terus membawa kesesatan dan kekufuran di muka bumi.

PEPERANGAN ANAK ADAM VS SYAITAN

Beberapa perkara yang perlu kita sedar:

1. Pertarungan antara anak Adam (manusia) vs syaitan merupakan satu pertarungan yang amat panjang.
2. Syaitan telah pun mengisytiharkan peperangan ini berterusan hingga ke akhir zaman.
3. Pengisytiharan syaitan itu lahir dari tabiat jahat yang ada pada diri manusia.
4. Kebenara untuk memerangi manusia telah pun diluluskan Allah.
5. Allah tidak biarkan manusia begitu sahaja tanpa senjata, tetapi Allah bekalkan iman sebagai perisai.

GOLONGAN MANUSIA

Syaitan memang sungguh pintar dan cerdik dalam mencapai misinya untuk menyesatkan Anak Adam. Sudah tidak dapat dinafikan lagi kerana mereka telah pun hidup jauh lebih lama dari kita yang bergelar manusia. Jadi, antara yang tergolong dalam golongan manusia ialah:

1. Penggoda dari kalangan manusia sendiri.
2. Teman-teman yang membawa kepada kejahatan.
3. Orang-orang yang menggelingi pembesar dengan tujuan membisik-bisik kejahatan.
4. Tukang-tukang umpat dan pembawa fitnah.
5. Penjual-penjual nafsu serakah yang menghias diri kelihatan cantik di mata manusia.

Inilah antara peluang syaitan pembisik untuk menyesatkan lagi anak adam. Yang dimaksudkan syaitan pembisik ialah yang datang dan menghilang.

AKHIR KATA

Usah tertipu dengan dunia dalam berusaha melangkah negeri abadi

Ayuh sama-sama kita berusaha semaksima yang termampu untuk menjadi hamba Allah yang sejati - ikuti perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya mengikut ketepatan syariat Allah swt. Di samping berusaha, teruslah kita berpesan-pesan kepada kebaikan dan berdoa diberi hidayah oleh Allah kepada kita insan yang lemah lagi hina.

"hidayah tidak akan menanti dan perlu mencari"

Wallahu a'lam..

No comments: