PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Monday, July 25, 2011

KESILAPAN membawa PENGAJARAN

Bismillah..Kesempatan yang terluang saya cuba coretkan..



"Syahmi, macam mana assignment hadis kita? Semua dah hantar la..kita dah belum print lagi..hari ini hari akhir untuk hantar.."


Rungut aku kepada seorang sahabat sekumpulan denganku. Pagi hari ini bukan lagi seperti kebiasaan. Tenang dan damai sudah dilenyap oleh kedesakkan menyiapkan tugasan yang diberi sekitar sebulan yang lepas. Ketegangan lebih terasa pabila aku berada di kelas ganti subjek Hadis waktu malam semalam.

"Ok..Siapa yang belum hantar lagi assignment hadis boleh hantar sekarang ya.."

Nada sederhana lagi sahaja kedengaran ditelinga aku semasa di bilik GA05. Itulah suara ustazah Tasnim - pensyarah Hadis aku. Keheningan malam memecah kalbu kaum Adam. Bukan tidak tahu bila perlu hantar kepadanya tetapi biasalah sikap menangguh itu puncanya. Memanglah niat aku bukannya untuk menghantar tugasan itu lambat tetapi keselesaan suasana mempengaruhi kerja berkumpulan ini. Rasa menyesal sudah pasti. Aku rasa ini yang paling teruk aku lakukan - hantar tugasan selepas tarikh ditetapkan.

"Siapa tidak hantar malam ini akan ditolak markahnya.."

Suara Ustazah terus bersambung madah percakapannya. Jiwaku sedikit tersentak. Tetapi apa terdaya insan lemah ini. Hendak hantar tetapi belum print lagi. Sabar dan pasrahlah jawapannya. Cukuplah ini pengajaran buat aku.

************************

Hari ini. Tekad di hati kecil tiada yang lain melainkan aku mesti hantar juga pagi ini. Sungguh baik penyusunan-Nya pada hari ini. Kesempatan masa muncul dengan berita tiada pensyarah satu subjek aku pada hari ini. Maknanya aku mempunyai masa dalam 2 jam untuk menyerahkan hardcopy assignment hadis kepada pensyarah Hadisku.

Lantas aku terus pulang ke bilik bersama Syahmi untuk memperbaiki tugasan yang sudah 90% siap. Hanya printout yang belum. Kedesakkan masa yang pantas terus mengajar aku supaya menjaga masa yang diberi. Sungguh Allah banyak mengajar aku dalam keadaan tiada aku sedari.

"Alhamdulillah, siap juga akhirnya print! Sekarang jom pergi hantar dekat ustazah..Kita makan dahulu lepas tu pergi berjumpanya..Ok?"

Kepala aku mengangguk tanda setuju. Ketenangan sedikit terasa. Langkah kaki aku ringan sedikit.

***********************
Perjalanan pulang menuju ke bilik. Sedikit kegusaran di benak fikiran sedikit kurang dan diganti dengan ibrah yang mengerti.

"Assignment Hadis dah habis..assignment fiqh ibadat dalam proses..minggu depan dah tarikh akhir.."

Monolog dalaman aku berkata sejenak menghitung kerja apa lagi yang masih belum selesai. Tapi aku suka untuk berpesan pada diri, tugasan dan kerja tidak pernah tamat sehingga hayat dikandung badan. Benar.

"Esok malam ujian Nahu Saraf. Lusa petang pula Fiqh Ibadat dan malamnya Bahasa Arab. Esoknya pula tak pasti ada lab test ke tak. Minggu ni sahaja banyak betul ujian. Tapi, apa-apa pun aku perlu ada persiapan. Nak yang terbaik perlu ada usaha yang baik juga.."

Hati kecil aku terus berbicara sendirian memperingati aku yang sering alpa lagi leka. Moga Dia memberi sumber kekuatan untuk terus berusaha. Tapi, sumber itu akan dibantu dengan syarat aku perlu menjaga hubungan dengan-Nya. Mustahil Dia hendak memberi sesuatu tanpa usaha dan pengharapan aku kepada-Nya. Aku tidak mahu kejayaan diberi adalah kerana Istridraj(supaya lagi jauh daripada-Nya). Nauzubillah aku lafazkan.

Coretan seorang pemuda yang masih belajar tentang kehidupan.

Masa tidak pernah menunggu kita

Wallahu alam..

Pengajaran:
-Usah terpengaruh dengan suasana yang selesa.
-Masa tidak cukup dengan tanggungjawab yang diberi.
-Hubungan dengan Allah asas kejayaan hakiki.
-Kesilapan dalam kehidupan adalah pengajaran yang bermakna.
-Tabiat menangguh akan membawa padah akhirnya.

3 comments:

Anonymous said...

Wah, teruskan karyamu!1 Ana sokong dari belakang!

Munirah Zulkafli said...

manusia tak lari dari kesilapan dan jadikan kesilapan masa lalu sebagai medium utk terus bangkit... Mengadulah pada Allah kerana hanya dia yang mampu mendengar rintihan hati hambanya ...sesungguhnya hanya ALLAH kekasih yang kekal abadi.. ala'kulihal maa' taufiq wan najjah fil imtihan ya sOdiqqi :)

SZ said...

time kaseh ya semua pembaca dan pendorong semangat..mg Allah bantu sy dan kalian..