PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Friday, July 01, 2011

Hidup kita seperti RODA BERGERAK

Roda - tajuk perkongsian kita kali ini

Bismillah daku lafazkan..

Ayuh bersama kita mengatur syukur kepada-Nya yang abadi kerana masih terus menerus memberi nikmat kepada kita. Alhamdulillah kita ucapkan sebagai salah satu bukti kita bersyukur dengan pemberian nikmat-Nya kepada kita.

InsyaAllah kali ini saya akan tampil di laman ini dalam berkongsi peringatan untuk diri saya dan pembaca laman ini yang bertajuk 'hidup kita seperti roda yang bergerak'.

PENDAHULUAN

Roda. Satu benda yang membawa erti sesuatu yang berbentuk bulat dan mampu bergolek, betul? Ya, pabila dikatakan roda itu bergerak atau bergolek, ini bermaksud tidak selamanya berada dalam keadaan statik.

Apa maksud itu?

Ya. Statik di sini bermaksud - setempat. Tetapi hakikat roda tidak begitu. Kadang-kadang berada di atas, adakalanya berada di bawah dan ada masanya berada di depan dan begitu juga sebaliknya ad ketikanya berada di belakang.

HIDUP KITA

Jadi, begitulah juga dengan kehidupan kita.

1. Tidaklah setiap masa kita berada di peringat atasan. iaitu hanya memimpin. Memang benar kita perlu jadi pemimpin yang sentiasa merancang, mengarah, mengatur dan sebagainya tetapi perlu juga untuk kita bersedia ada masanya dipimpin. Sebabnya pabila 'mindset' kita hanya mengarah atau mengatur orang, kadang-kadang pabila diizinkan Allah dia tidak bersedia untuk dipimpin, diarah dan diatur.

Itu perlunya kita sedar hidup kita seperti roda yang bergerak dan bergolek - kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah, kadang-kadang di depan dan kadang-kadang di belakang.

2. Masih dalam ruang topik kali ini. Semasa berada dalam perbincangan. Perlu ada kalanya kita melontarkan pendapat, pandangan dan ideal yang bernas. Tetapi, ada ketika kita terlupa dan tidak terfikir kita sahaja yang melontarkannya disebabkan ahli yang lain memahami jika dilontar pun sebarang pandangan tidak diterima oleh kita secara bulat-bulat walaupun ada baiknya pendapat mereka tersebut.

Ini menunjukkan kepada kita, apabila tidak persediaan untuk jadi orang di bawah yang menerima pandangan orang lain begitulah jadinya. Hatta, hingga akhir kehidupan kita pun tanpa ada rasa untuk mengubah perspektif bahawa kita sahaja yang benar dan betul tetapi terlupa adakalanya ia batil akan terus dibiarkan menjadi batil dan kekecewaan akan menyelaputi diri gara lontaran pendapat tidak diterima orang - mungkin batil atau tersimpang dari landasan tanpa sedar.

PENUTUP

Setakat itu sahaja sedikit contoh buat diri ini fikirkan. Mudahan menjadi titik mula untuk terus difikirkan hidup ini tidak selalu berada di atas.

Wallahu a'lam..

Wednesday, June 22, 2011

AIR banyak mendidik kita

Perumpaan air untuk kita

Bismillahirahmanirrahim kita mulakan kehidupan..

Alhamdulillah kita panjatkan kepada Allah kerana masih lagi mengperhidupkan kita sekali lagi pada hari ini. Inilah yang dikatakan salah satu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Dan sama-samalah kita membalas jasa baik Allah dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Moga-moga kita capai ke darjat yang dikehendaki-Nya iaitu muslim mukmin yang bertakwa kepada-Nya.

PENDAHULUAN

Air. Itu topiknya untuk post kali ini. Apa yang dapat kita pelajari daripada air?

Mungkin memberi manfaat kepada orang lain. Lagi? Dapat menyuburkan tanaman dan tumbuhan. Tanpa sebab tiada air tiada makanan untuk kita. Air merupakan sumber terpenting bagi kehidupan. Banyak lagi yang kita faham dan pelajari daripada air, betul?

InsyaAllah kali saya juga ingin berkongsi tentang air dimana ia mampu mendidik menjadi diri manusia yang mudahan tergolong dalam kelompok orang berfikir.

PENGAJARAN-PENGAJARAN

1. ISTIQOMAH

"Jadilah titisan air yang menitis satu per satu namun akhirnya mampu memberi kesan pada tapak titisan yang diberi"

Jom kita lihat pepatah tersebut. Rasanya pasti yang pernah melihat batu kapur kan. Apa yang anda dapat lihat? Titisan air, bukan? Mm..betul. Walaupun tidak kesemuanya batu kapur yang menitis air tetapi peratus besar ia menitiskan air.

Jika diteliti, daripada titisan air itu mampu menyebabkan kesan pada tempat menitisnya air. Jika tempat jatuhnya lembut seperti tanah, mungkin mampu menakungkan air. Jika tempat jatuhnya di kawasan yang keras tetap mampu memberi kesan iaitu membentuk sebuah ketulan air kapur akibat daripada titisan tersebut. Kekadang seperti sebuah bukit yang kecil bentuknya.

Hebat, bukan? itulah kekuasaan Allah. Begitu juga dengan kehidupan kita. Tidak perlu terus menerus terburu-buru membuat sesuatu tindakan. Biarlah kerja kita itu bergerak secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus bergerak kerana ia lebih baik daripada terus-menerus membuat tindakan tetapi berhenti dan surut depertengahan jalan. Seperti itulah yang kita hendak - Istiqomah dalam amalan. Mudahan dengan istiqomah dalam deen Allah memberi kesan pada diri, insyaAllah.

2. MANUSIA MAKHLUK HINA

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
(surah al-Insan, 2)

Pabila membaca ayat ini beserta makna, begitu terasa bahawa kita adalah manusia yang hina. Itu baru satu. Dalam al-Quran terdapat banyak lagi ayat yang membawa erti sedemikian rupa - manusia dari setitis air mani.

Apa tidaknya, setitis air yang tidak membawa erti apa-apa kemudiannya Dia menukarkan kepada suatu makhluk yang ada ertinya. Alangkah ruginya kalau kita berusaha menjadikan diri kita orang yang bererti dan manfaat.

3. NIKMAT TAK TERHINGGA

"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah Luqman, 27)

Ayuh kita renung bersama ayat di atas, banyak yang kita akan dapat fikirkan. Lautan yang luas ditukarkan kepada dakwat dan batang-batang pokok dijadikan pena tetapi tidak habis tertulis nikmat-nikmat Allah. Subhanallah!

Siapakah kita jika difikirkan sejenak. Hamba yang diberi pinjam nikmat-nikmat daripada-Nya tetapi adakala kufur terhadap Sang Pemberi Pinjaman Nikmat.

PENUTUP

Sama-samalah kita menjadi hamba yang sentiasa berfikir akan nikmat-nikmat kurnia-Nya. Mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa berfikir dan memerhati penciptaan Allah!

Jadilah orang yang berfikir dengan berzikir

Renungan penutup;

"Dan apakah mereka tidak memerhatikan bagaimana Allah memulai penciptaan, kemudia Dia mengulanginya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah"
(Al-Ankabut, 19)

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagi-mu pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah yang bersyukur. Dan Dialah yang menciptakan serta meramaikan kamu di bumi ini dan kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan. Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir tentangnya?"
(Surah Al-Mukminun ayat 78-80)

Wallahu a'lam..

Friday, June 17, 2011

Sirami 'AQIDAH dengan ZIKIR


Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, Dia meneruskan lagi kehidupan kita. Dan inilah peluang kepada kita untuk terus berubudiyah kepada-Nya sebagai balasan hamba kepada Sang Pencipta. InsyaAllah kali ini saya cuba untuk mengingatkan kembali diri saya yang mudah alpa tentang satu perkara iaitu 'sirami 'Aqidah dengan berzikir'.

MUQADDIMAH

Sebelum kita melangkah lebih jauh, perlu untuk kita memahami tentang satu perkara yang sekarang ini telah disempitkan skop pengertiannya. Dan ini juga berkaitan dengan post saya kali ini.

Zikir. Apa yang anda faham?

Ingat Allah. Ya, betul. Tetapi, bagaimana? Adakah dengan kita melisankan subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar dan la ilaha illlallah di bibir? Atau duduk sebentar selepas solat sambil berwirid? Atau membaca doa-doa tertentu dalam mengerjakan sesuatu tindakan?

Ya, betul kesemuanya. Tetapi, zikir yang sebenar adalah dengan mengingati Allah tanpa mengira tempat, masa dan peluang dengan pelbagai bentuk dan cara. Itulah zikir. Mudah kata, dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya juga disebut zikir.

Tahukah, solat juga merupakan zikir kepada Allah?

Apabila seseorang itu mengerjakan solat maka ia bererti sedang mengingati Allah secara formal. Dan dia sedang melakukan zikir yang terbesar. Kerana setiap tindak laku dalam solat hanya sanya mengingati Allah swt yang terdiri daripada pelbagai bentuk kalimah dan perbuatan.

Begitu juga dengan kalimah la ilaha illallah. Kalimah itu merupakan zikir yang tertinggi dan perlu kepada pengabdian yang sebenar. Tidak cukup sekadar mengucap di mulut tanpa kefahaman dan amalan.


KHAFIAT BERZIKIR

Allah swt telah pun berfirman dalam Kitab Mulia-Nya, Al-Quran bahawa;

"sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"

Inilah antara kelebihan apabila seseorang itu mengingati Pencipta-Nya -Hati akan berasa tenang, aman, damai dan tenteram. Pada diri hamba ang benar-benar mengingati Allah, tiada kegusiran berlaku pada dirinya. Kerana dia yakin Allah sahaja yang berhak mententeramkan hati hamba-Nya. InsyaAllah, dengan mengingati Allah lah hati-hati ini akan tenang.

SIRAMI 'AQIDAH DENGAN ZIKIR


'Aqidah Sohihah merupakan asas pegangan seseorang Muslim. 'Aqidah yang benar, baik dan betul akan menghasilkan natijah yang sebegitu rupa -benar, baik dan betul dengan perumpaan Allah seperti pokok yang subur.

Pernahkah kita melihat pokok yang subur?

Apakah usaha kita dalam menjadikan pokok itu subur?

Ya. Pokok yang subur begitu indah dan cantik dilihat. Mana tidak pohon yang rendang tidak pernah disirami air. Tidak dengan tuannya pasti dengan limpahan hujan daripada Allah.

Begitu juga dengan diri kita sebagai seorang mukmin muslim, InsyaAllah. Kita boleh analogikan pohon atau pokok ialah 'aqidah dan siraman air itu ialah zikir. Tanpa penyiraman mana hendaknya terjadi pohon yang rendang.

ZIKRULLAH DAN HATI ATAU JIWA YANG TENANG

Dalam menjadikan zikrullah sebagai siraman kepada 'aqidah, zikrullah juga wasilah dalam memiliki hati dan jiwa yang tenang dan tenteram manakala jiwa yang tenang ialah tahap yang perlu dicapai oleh seorang mukmin muslim.

Seperti yang kita maklum, hati atau jiwa yang tenang merupakan satu idaman yang dinanti-nantikan oleh insan. tetapi dalam mencapai tahap tersebut perlu ada usaha ke arahnya. Yang pasti, hati atau jiwa yang tenang satu anugerah daripada Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.

AKHIR KATA

Sebagai pengakhirannya, impak atau kesan zikrullah adalah mampu dan dapat melahirkan seseorang yang berani untuk berjihad dan berpegang teguh pada Deen Allah swt.

Mudahan kita dapat fahami dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Wallahu a'lam..

Thursday, June 16, 2011

MUSUH manusia dulu, kini dan selamanya


Bismillahirahmanirrahim..

Bertemu semula di laman tidak seberapa yang cuba untuk berkongsi dengan semua.

Pagi hari ini sungguh lapang dan kosong. Bagai tiada kerja yang hendak dilakukan. Tetapi kita sebagai manusia tetntu tidak mahu biar diri terus kekosongan. Dan saya menulis ini adalah salah satu peluang terbaik untuk mengisi kekosongan dan kelapangan yang ada.

Alhamdulillah Dia masih izinkan saya menggunakan masa yang ada.

Teringat saya pada satu mafhum hadis yang berbunyi,

"Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup seblum mati"

Sebab itulah kita kena merasai peluang hanya datang sekali dan belum pasti akan muncul buat kali keduanya.

(panjang betul pendahuluannya..hehe)

SIAPAKAH MUSUH KITA YANG FOREVER


Pernahkan kita membaca surah an-Nass?

Dan membaca maksud ayat tersebut?

Ya, jom kita sama-sama lihat maksud ayat surah an-Nass.

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan0 ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia."
-surah an-Nass, 1-6

Mengikut syed Qutb dalam kitab tafsirnya Fi zilalil Quran ada menghuraikan tentang surang ini. Surah ini Allah swt telah menerangkan kepada hamba-Nya tentang sifat-sifat syaitan iaitu pada ayat 4 - 6.

Apakahsifat-sifat syaitan?

Yang dimaksudkan ialah sifat-sifat syaitan - sembunyi, membisik dan menghilang dan dari golongan jin dan manusia. Dengan itu, syaitan akan terus membawa kesesatan dan kekufuran di muka bumi.

PEPERANGAN ANAK ADAM VS SYAITAN

Beberapa perkara yang perlu kita sedar:

1. Pertarungan antara anak Adam (manusia) vs syaitan merupakan satu pertarungan yang amat panjang.
2. Syaitan telah pun mengisytiharkan peperangan ini berterusan hingga ke akhir zaman.
3. Pengisytiharan syaitan itu lahir dari tabiat jahat yang ada pada diri manusia.
4. Kebenara untuk memerangi manusia telah pun diluluskan Allah.
5. Allah tidak biarkan manusia begitu sahaja tanpa senjata, tetapi Allah bekalkan iman sebagai perisai.

GOLONGAN MANUSIA

Syaitan memang sungguh pintar dan cerdik dalam mencapai misinya untuk menyesatkan Anak Adam. Sudah tidak dapat dinafikan lagi kerana mereka telah pun hidup jauh lebih lama dari kita yang bergelar manusia. Jadi, antara yang tergolong dalam golongan manusia ialah:

1. Penggoda dari kalangan manusia sendiri.
2. Teman-teman yang membawa kepada kejahatan.
3. Orang-orang yang menggelingi pembesar dengan tujuan membisik-bisik kejahatan.
4. Tukang-tukang umpat dan pembawa fitnah.
5. Penjual-penjual nafsu serakah yang menghias diri kelihatan cantik di mata manusia.

Inilah antara peluang syaitan pembisik untuk menyesatkan lagi anak adam. Yang dimaksudkan syaitan pembisik ialah yang datang dan menghilang.

AKHIR KATA

Usah tertipu dengan dunia dalam berusaha melangkah negeri abadi

Ayuh sama-sama kita berusaha semaksima yang termampu untuk menjadi hamba Allah yang sejati - ikuti perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya mengikut ketepatan syariat Allah swt. Di samping berusaha, teruslah kita berpesan-pesan kepada kebaikan dan berdoa diberi hidayah oleh Allah kepada kita insan yang lemah lagi hina.

"hidayah tidak akan menanti dan perlu mencari"

Wallahu a'lam..