PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Wednesday, January 26, 2011

Maafkan aku ummi ayah


Kemaafan dipintu

Bismilahirrahmanirrahim..

Dengan nama-Mu saya menulis

Alhamdulillah, Allah masih lagi mengizinkan lagi saya untuk menulis di laman yan tidak seberapa ini. Hari ini, saya tidak lagi berada di rumah. Jika di sana, saya sering bermain, mengusik, melawak dengan adik-beradikku. Tapi hari ini semua tidak bisa lagi. Saya telah berada di tempat yang lain buat diriku. Sebuah sekolah di Changlon, Alor Star, Kedah Darul Aman. Saya telah dicadangkan untuk berkhidmat di situ oleh sahabat saya. Walaupun ia hanya sekolah agama sahaja, ia pasti membawa kesan kepada diriku. Sekarang, saya tidak lagi bersama keluarga tercinta dan adik-beradik yang dirindui. Semuanya di sana dan saya di sini.Dan saya tidak lama lagi akan memulakan hari pertamaku untuk berkhidmat.

Bersama teman-teman

Setiap yang berlalu pasti membawa kenangan masa lalu. Suka duka telah diharungi. Indah, ceria, masam dan manis sudah pun dirasa. Dan situlah terletak kenangan, pengalaman dan coretan kehidupan diukir. Setibanya saya di sekolah ini, saya teringat dan terimbau kebersamaan bersama keluarga terutamanya ummi dan ayah. Mungkin itu adalah lumrah kehidupan. Bersyukur terasa pada yang tiada dan penyesalan pada yang ada.

Kadang-kadang, saya menyepi keseorangan di sini. Teringat perbuatanku yang dahulu kepada mereka yang bergelar ummi dan ayahku. Rupa-rupanya, pelbagai kesilapan dan kesalahan telah saya buat kepada mereka. Kenapakah kerana amarah dan perasaanku itu mengikut nafsu, aku tidak dapat mengawal perbuatan mulut kepada mereka? Kenapakah kerana sedikit kesalahan mereka bagi pandangan, aku melontarkan tuduhan? Apakah benar aku lakukan itu? - Ya, itulah persoalan yang kini aku rasakan. Nafsu tidak pernah berhenti mendidik ke arah kepuasan. Hanya jasad dan roh manusia sahaja yang tidak dan sukar mengawalkan nafsu untuk ditunduk. Tidak dinafikan, ada antara perbuatan kita benar tapi sering dipersalahkan jua. Jiwa kita mahu kebebasan dan kebenaran. Tapi apakah yang mereka lakukan juga salah? - Terdetik hati ini dalam memperihalkan persoalan tersebut. Tidak, bagiku mereka pasti ingin yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sebenarnya mereka pandang kita lebih mendalam dan jauh. Mereka tidak mahu anak-anak merka kecundang di tengah perjalanan kehidupan yang penuh fana dan halangan ini. Kerana itulah mereka sanggup menegur, menasihati, memarahi dan mengisyaratkan larangan dalam mendidik anak-anaknya. Cuma anak-anak sedar ataupun tidak.

Sekarang, diri ini menyepi. Barulah saya mengetahui. Apa yang telah mereka lontarkan dan berikan kepada saya -nasihat, teguran dan pelbagai lagi cara adalah untuk mendidik saya. Dan saya yakin, begitu juga dengan anda. Memang sebelum ini saya memahami hakikat tersebut, tapi kali ini lebih mendalam dan menjiwai. Semuanya yang mereka lakukan merupakan mutiara kasih buat diriku. Walaupun saya memarahi dan menengking mereka, sesekali tidak mereka membalasi perbuatanku itu. Kesabaran sahaja yang kelihatan. Sukar untuk mereka menggambarkan perasaan yang sedang mereka rasai. Hanya hati dalaman mereka yang mencoretkan luahan perasaan yang terpendam buat mereka yang bergelar ummi dan ayah. Mereka bersabar melihat karenah anak-anak termasuk saya. Disebabkan itu saya sering mempersalahkan mereka. Hakikatnya diri inilah yang sebenarnya harus dipersalahkan.

Maafkan aku UMMI AYAH...

Ummiku tercinta

Ayahku dirindui

Wallahu A'lam

Coretan hati dari anakmu.

No comments: