PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Wednesday, June 15, 2011

ISTIQOMAH dan kita


Terus melangkah menuju tempat abadi

Bismillah..Dengan nama Allah sekali lagi saya menulis..

Seperti biasa, sama-sama kita merafa' syukur dengan kalimah 'alhamdulillah'. Tidak putus-putus Dia memberi peluang dan nikmat kepada seluruh makhluk secara adil dengan penuh kebijaksanaan.

Alhamdulillah..

MUQADDIMAH


Pernahkah kita merasai ada sesetengah masa kita bersemangat dan sebahagian masa lain kita rasa luntur? Mungkin ada yang berkata 'ya' dan mungkin juga berkata 'mm..entah la, tak rasa apa-apa pun'. Itu adalah sebahagian yang berkaitan dengan perkongsian kita pada kali ini.

Istiqomah. Itulah ia. Satu perkara yang sangat penting tetapi sukar dituruti dan diamalkan. Mahu atau tidak perlu kepadanya. Sebabnya kehidupan kita di stesen dunia yang bersifat sementara ini menghajati keredhaan Allah dan keterimaan segala amalan supaya dikira 'ibadah kepada-Nya.

JENIS

Istiqomah boleh membawa maksud terus-menerus atau penerusan. Erti saya kali ini ialah seseuatu perkara yang mampu dilakukan secara berterusan. Untuk itu, ada dua jenis:

1. Istiqomah dengan kemungkaran dan kemaksiatan
2. Istiqomah dengan kemakrufan dan kebaikan

Sebab apa jenis itu didahului dengan kemungkaran berbanding kemakrufan? Ya, Istiqomah dengan perkara yang mungkar lebih mudah dan senang. Tidak dapat dinafikan lagi, ramai yang tergolong golongan pertama tadi. Na'uzubillah. Minta jauh dari perkara tersebut.

PUNCA SUKAR ISTIQOMAH

Sukar istiqomah di sini membawa erti kepada sukarnya untuk istiqomah dengan kemakrufan atau kebaikan. Bukan sukar jenis pertama. Apabila sukar, tentu ada punca dan faktor yang menyebabkan ianya terjadi.

1. Ikhlas

Ini merupakan faktor yang pertama. Ikhlas bukanlah sekadar satu perkara yang kita terima dan redha dengan seadanya tetapi mencangkupi Allah juga terima dan redha.

2. Iman

Ini bermaksud keyakinan dan kepercayaan yang benar-benar dengan Allah dan perkara-perkara ghaib yang lain -malaikat, kitab dan sebagainya. Ini termasuk dengan keyakinan dan kepercayaan kepada janji-janji Allah - dosa, pahala, syurrga, neraka dan sebagainya.

3. Manusia dijadikan robot

Apa itu? Manusia dan robot berbeza. Ya, benar. Tetapi boleh dikaitkan manusia itu robot sekiranya kehidupan sehariannya dirutinkan. Maksudnya, setiap hari dia akan buat perkara yang sama berulang-ulang berdasarkan jadual yang ditetapkan tanpa kesedaran - bangun pagi-sollah subuh-tidur-makan-pergi sekolah-belajar-rehat-belajar-balik rumah,. Bukankah itu digelar robot? Sedangkan hidup kita ada misi dan visinya - untuk mencapai syurga Allah dengan redha Allah - dengan melihat konsep yang luas.

4. Pengaruh suasana sekeliling

Ini juga antara faktor yang besar. Contohnya di U. Kuliah mula pukul 10 pagi. Seperti umumnya
student akan tidur pagi selepas subuh. Andai kita juga mula terikut suasana yang begitu, kita juga jadi begitu. Jika begitu, bagaimana nak istiqomah tak nak tidur selepas subuh. Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain.

AKHIR KATA

Titisan air pabila berterusan mampu menjadi takungan

Biarlah kita amalkan sedikit tetapi istiqomah berbanding amal banyak kemudian berhenti sebelum penamatnya. Perbanyakkan amalan kita melalui kefahaman yang benar. InsyaAllah, kita mudah kerjakan segala perintah Allah.

Wallahu a'lam..

1 comment:

Qawiem Khairi said...

terima kasih suhaib,
terus berkongsi,
menanti tulisan yg seterusnya. :)