PENGUMUMAN

HARAP MAAF.. LAMAN INI SEDANG DIUBAISUAI..

Wednesday, January 26, 2011

Hari pertamaku mengajar


Hari pertamaku menjadi guru

Dengan nama-Mu saya menulis..

Hari ini, 26 Januari 2011. Saya mula mengajar di sebuah sekolah agama di Changlun, Kedah. Memang benar penat hati ini rasa. Apatah lagi tubuh badan, letih yang mampu diungkapkan. Bukan apa, melayan karenah pelajar sekolah rendah yang bersifat keanak-anakan. Mengawal suasana kelas, menahan karenah pelajar, berinteraksi dengan mereka, menyerasikan diri dan sebagainya perlu dititikberkan. Jika tidak harulah pelajarnya. Bukan mudah sebenarnya menjadi guru. Memang saya benar-benar respect bagi mereka yang sanggup korban kehidupan demi menjadi guru. Bayangkanlah, pelajarnya yang sukar 'duduk diam'. Sebentar ke sana, sebentar ke sini. Tambahan pelajar rendah bawah atau digelar tahap satu. Aduh, letih dan penat. Tapi alhamdulillah, saya hari ini hanya diberi tugasan mengajar pelajar rendah atas (tahap dua). Jika diperhati. nampaknya pelajar perempuan lebih matag daripada pelajar lelaki. Bukan perlekehkan lelaki tetapi realiti. Walaupun diberi tugas untuk mengantikan guru bagi rendah atas, saya juga diminta untuk menolong mengajar pelajar yang 'lambat' dalam mempelajari Al-Quran. Yang itu, saya letih sedikit kerana dapat pelajar tahap satu. Faham-fahamlah dengan karenah mereka.

Tetapi, sedikit kekuatan dan himmah terasa apabila seorang murabbiku berpesan, Ustaz Muhtad selaku mudir di situ memberi kata-kata semangat. Antara kata-katanya,

"Ana teringat kata-kata bekas mudir kita (MATRI), Almarhum Al-Fadzil Ustaz Dahlan Mohd Zain, Jadikanlah sekolah sebagai Mehrab dan mengajar dan belajar sebagai Ibadah.."

Sekolah sebagai Mehrab

Jika direnung dengan benar-benar faham, terdapat seribu satu makna tersirat. Jadikan sekolah atau tempat mengajar sebagai Mehrab Ya, kita haruskan jadikan ia sebagai tempat Ibadah (Mehrab). Di situlah peluang yang cukup banyak untuk kita jadikan segala amalan sebagai amal kebaikan yang diredhai oleh Allah.

"Di situlah (sekolah) kita jadi ayah dalam merungkai masalah hati, di situ juga kita jadi mu'alim dalam mencurahkan ilmu, di situ juga kita jadi murabbi dalam memberikan didikan dan di situ juga kita menjadi qa'id dalam melaksanakan rancangan tarbiyah.."
-Ustaz Muhtad Yusoff-

Mengajar dan belajar sebagai Ibadah

Menurut katanya lagi, jika ingin kerja kita mengajar dan belajar sebagai Ibadah mestilah memenuhi perkara tersebut:

1. Menutup pintu fitnah.

Maksudnya di sini, dalam konteks kita sebagai guru, tatatertib dan perspektif orang terhadap guru harus diambil berat. Apakah terjadi jika kita sedang kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar sama dengan kawan atau rakan sebaya? Sudah tentu para pelajar mudah memainkan dan tidak menghiraukan kita.

2. Menyelitkan dalam pengajaran dengan unsur tarbiyah.

Ini juga perkara yang tidak mudah untuk kita sebagai guru aplikasikan dalam masa pengajarannya. Tetapi perlu disedari bahawa inilah elemen yang terpenting dalam membentuk manusia yang berkeperibadian mukmin muslim yang sebenar. Dalam pengajaran seharusnya kita menyelitkan juga tentang kefahaman Islam yang syumul. Dalam aktiviti yang dilakukan misalnya harus diselitkan dengan pengajaran yang boleh dikatkan dengan Islam. Biarpun aktivitu itu kelihatan simle dan 'kosong' tetapi tersirat dengan 1001 pengajaran bermakna yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Begitu juga dalam mengejar silibus pengajaran yang bertimbul. Cuba selitkan dengan Rabb Yang Maha Kuasa.

Mungkin sekadar itu dahulu saya coretkan dalam post ini. Mudah-mudahan mendapat pengajaran yang bermakna buat pembaca dapat sama-sama praktikkan dalam kehidupan..

Semasa pembarisan dan perhimpunan sebentar di waktu pagi

Pertandingan kuiz Al-Quran

Fitri yang sedanag mengajar pelajar permulihan

Di dalam kelas Al-Quran

Turut mengajar di Sekolah Agama Attoyyibah: Azhar hilmi, Syahmi Ibrahim, Al-Bashir dan Fitri Zakwan.

Wallahu a'lam..

2 comments:

kalam-azimat said...

Salam akhi,

wah, sudah bergelar ust ya sekarang?
bagus....

Minta maaf lah ana tak dapat bersama dengan enta.Ada panggilan pula si sini (penang)

MOga Allah menaungi setiap kerja kita.

BroHamzah said...

Assalamualaikum akhi,

Alhamdulillah nta dapat pengalaman yang sangat berharga. Ia akan mematangkan dan mendewasakan anta.

Ana kagum dengan kegigihan Ustaz Muhtad dalam mengembangkan dan mendidik anak bangsa. Ayuh support segala usahanya. Untuk Islam tercinta.

BroHamzah